Scammers dh pakai agama plak dah...
bawah ni email yg aku terima dr kononya "Puan Shahsilla Binti Sarippudin".
Assalammuailaikum,
Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama
saya Puan Shahsilla Binti Sarippudin from Malaysia.
Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang
serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak
akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati
nya saya ingin mendermakan segala yang saya miliki dan
ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya
telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di
kurniakan cahaya mata.
Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan
arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha
mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan
atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak
(Dua Juta Paun) kepada anda. Dalam memudahkan semua
urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam
saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan
dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan
lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak
akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala
kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini
dengan bijaksana.
Salam,
Puan Shahsilla Binti Sarippudin.
Lawak sungguh. mula2 tu aku baca ingat dia nk mintak derma (tipikal) utk ubat penyakit kanser dia. tp bl smp ayat nk last tu, nk pecah perut pun ada. dia nk derma duit dia kat aku yg bernilai 2juta POUND tuuu !!!!
dulu email yahoo aku ni slalu gila dpt email2 mcm ni. DHL nk derma 2 juta la, Federal Bank chairman nk sedekah duit 6juta, bank swizz bg bonus 4juta kat aku. just bg detail @ reply email tu sj klu nk. hampeh. skg ni ade versi melayu pny plk.... mcm2...